ALOR SETAR: Seorang bekas anggota polis dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam selepas didapati bersalah menerima suapan berjumlah RM500, dua tahun lalu.


Hashim Said, 59, dijatuhi hukuman itu oleh hakim Ooi Sheow Yean selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.