SINGAPURA: Hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Singapura adalah pada tahap terbaik dan legasi ini perlu diteruskan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya segala usaha sedang dilakukan oleh kedua-dua buah negara bagi mempertingkatkannya dalam pelbagai bidang terutama dari segi keselamatan dan isu-isu kepentingan bersama.