TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, April 15, 2016

TAKBIR : LALUAN WANG BESAR, JEJAK WANG ITU RAJA?

Artikel Tun terbaru:
JEJAK WANG – Laluan “Wang itu Raja”

1. Wang, sejumlah wang yang besar tidak boleh dialihkan tanpa meninggalkan jejak.

2. Begitu juga dengan RM2.6 bilion (atau USD681 juta) yang Wall Street Journal melaporkan berada di dalam akaun rahsia peribadi milik Datuk Seri Najib di Ambank.

3. Reaksi pertama Najib ialah menafikannya tetapi kemudian, beliau mengaku mempunyai jumlah wang tersebut di dalam akaun rahsia peribadi beliau. Orang ramai mengesyaki ianya daripada 1MDB. Ini maknanya pencurian. Najib perlu membuat penjelasan. Beliau mendakwa ianya adalah hadiah. Orang ramai hanya ketawa. Selepas itu, ianya suatu derma daripada orang Arab yang mahukan beliau memenangi Pilihanraya 2013. Orang Arab, kononnya menyangka beliau merupakan pemimpin Islam yang baik dan mesti terus menjadi Perdana Menteri Malaysia.

4. Bagi mengesahkan perkara ini, Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik menyatakan beliau pernah berjumpa orang Arab itu.

5. Tetapi, siapa orang Arab yang dijumpainya? Tiada nama. Orang yang tidak diketahui. Wang tunai USD681 juta bukanlah sesuatu yang boleh dimilik sesiapa sahaja atau didermakan sewenangnya. Penderma mestilah seorang yang sangat kaya. Orang kaya boleh menjadi kaya melalui warisan atau melalui perniagaan.

6. Dari mana beliau mendapat wang sebanyak itu? Perniagaan? Tiada yang diketahui mengenai ahli perniagaan yang sangat berjaya ini, walau pun dalam dunia minyak dan gas. Siapakah pengurus bank beliau? Semestinya ada seorang pengurus bank atau beberapa bank. Anda tidak boleh menyimpan USD681 juta di bawah bantal anda. Sedangkan bank-bank pun tidak mempunyai sejumlah wang yang besar ini di dalam bilik peti kebal mereka.

7. Wang tersebut selalunya adalah dalam bentuk catatan buku kira-kira bank tersebut sahaja. Pembayaran adalah melalui cek atau pemindahan elektronik. Tiada sesiapa yang melihat catatan kira-kira di dalam buku bank, atau keratan cek ataupun cek-cek yang dipersembahkan kepada bank.

8. Adakan Ambank menerima wang tunai berjumlah USD 681 juta atau RM2.6 bilion? Atau adakah ianya cek atau melalaui pemindahan elektronik? Walau apapun, ianya perlu dimasukkan di dalam catatan kira-kira bank tersebut. Bank tersebut perlu menyerahkan akaun ini untuk pengauditan dalaman dan luaran. Kerana jumlahnya besar, laporan perlu dibuat kepada Bank Negara untuk mendapat kelulusan. Ini bagi memastikan wang tersebut daripada sumber yang sah dan bukannya daripada wang haram.

9. Hari ini kita risau mengenai pelaburan wang haram (money laundering). Jika anda menyimpan atau keluarkan jumlah wang melebihi RM50,000, anda mesti mendapat kebenaran daripada Bank Negara. Bagi RM2.6 bilion yang didepositkan di dalam sebuah bank Malaysia, banyak soalan perlu diajukan oleh Bank Negara mengenai asal usulnya, pemilikan dan pindahan wang. Bank Negara kemudiannya akan membuat laporan kepada Peguam Negara. Kita tidak tahu kandungan laporan itu. Tetapi, Peguam Negara menolak laporan tersebut. Najib tidak bersalah daripada sebarang kesalahan, kata Peguam Negara. Hanya kata-kata Peguam Negara. Tiada bukti yang didokumenkan. Rakyat Malaysia tidak mempercayai Peguam Negara lagi.

10. Kemudiannya, cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh pemilik wang tersebut. Jika tiada cukai yang perlu dibayar, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) harus memberi kenyataan bahwa wang tersebut tidak dikenakan cukai. Tiada pengesahan daripada LHDN.

11. Sementara itu, penderma telah bertambah daripada seorang warga Arab kepada dua orang. Dikatanya pula ianya daripada seorang putera Saudi. Dan, akhirnya, dikatakan arwah Raja Saudi yang menderma wang itu.

12. Kini, seorang Menteri Saudi menyangkal adanya sebarang rekod yang menunjuk USD681 juta itu adalah suatu hadiah. Dia mendakwa ianya adalah suatu pelaburan. Jika pelaburan, dia berfikir bahawa jumlahnya tidak sebesar itu.

13. Peguam Negara kemudiannya mendakwa bahawa USD681 juta sudah dikembalikan kepada Saudi pada tahun 2013. Secara tepatnya, bila? Apa buktinya?Sebelum ini, wang tersebut dikatakan telah dipindahkan daripada Ambank ke bank-bank Singapura dan kerajaan Singapura telah membekunya. Jadi, bagaimana Najib boleh mengembalikan wang tersebut jika ianya telah dibekukan. Bank-bank mana yang terlibat? Apa buktinya bahawa wang tersebut telah dibekukan? Berapa jumlah?

14. Untuk berapa lama sesebuah Kerajaan boleh membekukan sesuatu akaun? Pembekuan adalah untuk membolehkan Monetary Authority of Singapore menyiasat kemungkinan wang itu adalah haram. Kita tidak mendengar apa-apa daripada Singapura.

15. Jadi, di mana wang itu sekarang? Adakan ianya di dalam bank-bank Singapura, beku keras? Atau, adakah ianya berada dengan orang Saudi? Adakah ianya Kerajaan Saudi atau putera Saudi atau individu-individu? Adakah ianya telah dikembalikan kepada penderma itu? Apa buktinya? Adakah ianya terkandung di dalam laporan Bank Negara atau Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia? Tiada bukti. Hanya kata-kata Peguam Negara. Maaf, saya tidak percaya kepada Peguam Negara.

16. Sekarang, Peguam Negara Switzerland mendakwa ianya bukan RM2.6 bilion tetapi RM4.0 bilion yang berada dalam akaun Najib. Peguam Negara Switzerland meminta kerjasama Peguam Negara Malaysia. Serta-merta Peguam Negara Malaysia menyatakan bahawa ianya bukan mengenai USD681 juta di dalam akaun peribadi Najib. Tiada apa yang salah di situ.

17. Tetapi, beliau sendiri yang menolak laporan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia kerana bukti yang tidak mencukupi. Jika ianya tidak cukup, tidakkah seharusnya penyiasatan lebih lanjut perlu dilaksanakan sehingga bukti cukup.

18. Namun, Apandi melangkaui bidang kuasanya dan mengarahkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia untuk menghentikan menyiasat wang RM2.6 bilion (USD681 juta) dalam akaun peribadi Najib di Ambank. Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia adalan institusi bebas. Perdana Menteri sendiri tidak boleh menghentikan siasatan. Tetapi, jelaslah, Apandi takut jika lebih banyak bukti akan dijumpai.

19. Dan sekarang beliau ingin menguatkan Akta Rahsia Rasmi supaya beliau boleh memenjarakan pembocor seumur hidup. Kenapa? Adakah kerana beliau menyembunyikan bukti? Apakah pula peruntukan undang-undang mengenai orang yang menyembunyikan bukti mengenai jenayah?

20. Undang-undang bukanlah digubal untuk menyembunyikan jenayah. Undang-undang digubal untuk menghalang jenayah dan menghukum penjenayah. Adakah kemungkinan cubaan beliau untuk menghalang Peguam Negara Switzerland mendapat laporan-laporan berkenaan berpunca daripada keinginannya untuk menyembunyikan bukti? Ini mungkin adalah satu tindakan jenayah.

21. Najib mendapat sokongan kuat daripada ketua-ketua bahagian UMNO, Ahli-Ahli Parliament UMNO dan menteri-menteri Kabinet beliau. Mereka sedia untuk menerima hakikat wang berbilion yang dimiliki di dalam akaun peribadinya seperti perkara biasa.

22. Apabila beliau cuba untuk menerangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO bagaimana beliau memperolehi sebegitu banyak wang and mengapa beliau tidak memberitahu UMNO, seorang ahli majlis berkata tidak perlu untuk beliau menerangkannya. Hanya beri RM5 juta kepadanya pada pilihanraya akan datang dan beliau akan menang. Sama ada wang tersebut dicuri atau tidak, ianya tidak penting kepada ahli-ahli tertinggi UMNO. Mereka seolah-olah bersedia untuk menerima wang yang dicuri. Adakah boleh kita mempercayai orang-orang sebegini untuk mentadbir Malaysia?

23. Wang tidak boleh disembunyikan. Beberapa ribu Ringgit wang tunai boleh disembunyikan tetapi bukannya berbilion Ringgit. Jika anda menyimpan sebegitu banyak wang di dalam bank, ramai orang perlu menguruskannya and akaun-akaun itu akan diketahui. Tetapi, rahsia pembankan bererti mereka tidak akan memberitahu apa yang mereka tahu.

24. Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia tidak bergigi dan tidak berguna jika mereka tidak boleh memperolehi informasi kerana rahsia pembankan. Saya rasa mereka tidak tertakluk kepada akta rahsia pembankan. Jika betul, lupakanlah sahaja mengenai membanteras rasuah. Sebaliknya kita menghalalkan sahaja rasuah.

Sumber: http://chedet.cc/?p=2070

TERKINI: MASJID SULTAN ISKANDAR DI BANDAR DATO ONN.

Masjid Sultan Iskandar yang terletak di Bandar Dato Onn ini merupakan salah satu tanggungjawab korporat JCorp kepada masyarakat dan kini diuruskan oleh Wakaf An Nur .

Masjid ini kini bukan sahaja menjadi pusat ibadah malah dijadikan pusat komuniti sosial dan agama serta pendidikan.

Ia akan dilengkapi bank, klinik wakaf, ruang niaga, perpustakaan, dewan dan kemudahan untuk OKU.

Masjid di Zaman Empayar Uthmaniyyah menjadi inspirasi seni bina dan reka bentuk masjid ini mampu memuatkan 4000 jemaah.

Photo : Masjid Sultan Iskandar

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DILANTIK SEBAGAI PEMANGKU RAJA JOHOR

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim berkenan melantik DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja Johor.

Istiadat pengisytiharan tersebut telah diadakan di Istana Bukit Serene pada 15hb April 2016. DYAM Pemangku Raja telah diberikan kepercayaan oleh DYMM Sultan Johor untuk menjalankan tugas dan mentadbir Negeri Johor serta mempunyai semua kuasa yang diperuntukkan kepada raja dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Allah Peliharakan Sultan.

----

HRH CROWN PRINCE OF JOHOR APPOINTED AS REGENT OF JOHOR

HM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan and Sovereign Ruler of the State and Territory of Johor Darul Ta'zim, has consented to appoint HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, as the Regent of Johor.

The appointment ceremony was held at the Bukit Serene Palace on April 15th 2016. HRH Regent of Johor is entrusted by HM Sultan of Johor to perform the duties and govern the State of Johor and holds all the power of the Sultan that can be exercised at any time. Allah Peliharakan Sultan.

Kepada Allah Kami Berserah

#JohorMestiSentiasaJadiJohor

Anak lelaki perdana menteri pengarah dua buah syarikat di British.

Salah seorang anak lelaki perdana menteri, Mohd Nazifuddin Mohd Najib antara yang dinamakan dalam satu kebocoran maklumat besar-besaran dari firma undang-undang berpusat di Panama.

Menurut dokumen yang bocor, beliau menjadi pengarah dalam dua buah syarikat di British Virgin Islands (BVI), iaitu Jay Marriot International and PCJ International Venture Limited.

Bagaimanapun, ini tidak membayangkan salahlaku pada pihaknya.

"Terdapat penggunaan sah untuk syarikat luar pesisir, yayasan dan amanah," kata International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ), yang menerajui siasatan bersama dengan akhbar berpusat di Jerman, Süddeutsche Zeitung.

"Kami tidak berhasrat mencadangkan atau mengimplikasikan bahawa mana-mana orang, syarikat atau entiti lain dimasukkan ke dalam aplikasi interaktif ICIJ Power Players telah melanggar undang-undang atau sebaliknya bertindak secara tidak wajar," katanya.

Menurut ICIJ, Nazifuddin menjadi salah seorang daripada pengarah Jay Marriot pada 2009.

Pengarah lain yang dilaporkan ialah Ch'ng Soon Sen, yang kemudian menjadi pengarah eksekutif pemaju hartanah Malaysia Pacific Corp dan sekarang menjadi CEOnya.

Ch'ng dilaporkan mengesahkan memperoleh Jay Marriot bersama Nazifuddin pada 2009, tetapi tiada kegiatan perniagaan "sejak pembentukannya".

Sebagai tambahan, beliau berkata Nazifuddin telah memindahkan saham-sahamnya dalam Jay Marriot kepada kakak Ch'ng dan meletakkan jawatan pada 2011.

Bagi PCJ International, Nazifuddin dilaporkan menubuhkan syarikat bersama dengan pemaju Megat Daniff Shahriman Zaharudin, tetapi syarikat ditutup setahun kemudian.

Laporan juga mencatatkan bahawa Megat ialah penasihat kewangan NGO Youth On Unity yang diketuai oleh Nazifuddin.

Nazifuddin dilaporkan memberitahu ICIJ dan Süddeutsche Zeitung yang PCJ International ditubuhkan kerana menjalankan perdagangan antarabangsa, tetapi tiada urus niaga perniagaan dan syarikat itu kemudiannya ditutup.

DAULAT TUANKU : Bank OF Johor Sultan cadangkan untuk Johor!!!

DAULAT TUANKU.

D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR.

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM

Namun, masih ramai rakyat yang belum dapat memiliki rumah tersebut oleh kerana gagal untuk mendapat kelulusan pinjaman dari pihak bank. Oleh yang demikian, baginda mencadangkan agar Kerajaan Negeri dapat menubuhkan sebuah bank yang diberi nama ‘Bank of Johor’.

Tambah baginda, wang Kerajaan Negeri yang mencecah tiga billion ringgit ditambah dengan pendapatan kerajaan dan syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri yang mencecah 7.5 bilion setahun, pasti mereka boleh menjadi pemegang saham untuk ‘Bank of Johor’.

#AllahSelamatkanSultan

TAHNIAH TUANKU!!!

HANYA JOHOR TIDAK KENAKAN GST KEPADA RAKYATNYA.

MAJU JOHOR TANPA GST. MEMBUKTIKAN GST BUKAN SEGALA-GALANYA.

BEZANYA KERJASAMA BANGSA JOHOR DENGAN ISTANA JOHOR.

BEZANYA PEMERINTAHAN PUSAT DI PUTERAJAYA YANG PENTINGKAN GST, YANG AKHIRNYA KELABU ASAP. BANYAK YANG LESAP?

Terkini: U-Mobile bakal milik TMJ!!!

Bangsa Johor yang disayangi insyaAllah jika tiada aral yang melintang, adalah didakwa tidak lama lagi rangkaian perniagaan "U-Mobile" akan jadi milik Kebawah Duli Yang Amat Mulia Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Berkemungkinan besar juga jenama "U-Mobile" turut akan ditukar kepada penjenamaan baru JDT (Johor Darul Takzim)

Syabas & TAHNIAH buat TMJ yang kita kasehi

DAULAT TUANKU !!!!

Jawatan kuasa kira-kira Wang Negara (PAC) tidak sedar juruaudit 1MDB telah ditamatkan oleh Menteri kewangan?

Kementerian Kewangan (MOF) nampaknya tidak sedar bahawa pelantikan KPMG sebagai juruaudit 1MDB telah ditamatkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak, menurut rekod Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Semasa pendengaran PAC mengenai 1MDB pada 16 Jun, 2015, ketua unit parlimen dan kabinet MOF Rosli Yaakub memberitahu jawatankuasa itu bahawa kementerian itu tidak terlibat dalam pelantikan juruaudit 1MDB.

Keesokan harinya Jawatankuasa itu menerima pengesahan daripada KPMG bahawa ia telah dipecat sebagai juruaudit 1MDB melalui surat daripada 1MDB yang ditandatangani oleh Menteri Kewangan.

Ketua Kementerian Kewangan Inc (MKD) Datuk Mohamad Isa Hussain direkodkan dalam hansard itu sebagai berkata beliau "tidak pasti" mengenai surat itu apabila ditanya oleh pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamad mengenainya.

Hansard kemudian menunjukkan terdapat kekeliruan awal mengenai siapa menteri kewangan yang menandatangani surat penamatan itu kerana KPMG tidak membawa salinan pernyataan itu ketika pendengaran PAC.

Anggota PAC Tony Pua bagaimanapun, mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa PAC kemudian menunjukkan bahawa surat itu ditandatangani oleh Najib sendiri.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat